KUALA TERENGGANU, 25 Mei – Yayasan Terengganu membuka permohonan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) dan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) 2026 bagi pengajian dalam negara untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
Permohonan tersebut melibatkan pengajian peringkat asasi dan diploma di universiti awam seluruh negara.
Menurut hebahan rasmi Yayasan Terengganu, Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti pelbagai bidang pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) peringkat asasi.
Sementara itu, Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Program Khas pula ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti program khas di IPTA peringkat diploma.
Permohonan akan dibuka bermula 23 Mei 2026, jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 1 Jun 2026, jam 12.00 tengah hari.
Pelajar yang layak dan berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi Yayasan Terengganu di https://ytpenajaan.terengganu.gov.my/
Orang ramai juga disaran meneliti syarat dan terma permohonan SPC serta PBU sebelum membuat permohonan bagi memastikan kelayakan dipenuhi.
Tag :