lightning-solid
Berita :
Isu Air Bertakung Bakal Berakhir
Isu Air Bertakung Bakal Berakhir
Hidayah Azlin
1 hari yang lepas
32

SETIU, 31 Julai– Masalah saliran air limpahan yang kerap menjejaskan penduduk di Kampung Setia Jaya, Merang di sini bakal diatasi menerusi projek penggantian sistem perparitan baharu yang lebih efisien.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, struktur longkang lama yang bersaiz kecil kini digantikan dengan longkang baharu yang bersaiz lebih besar.


Menurut beliau, langkah berkenaan diambil bagi memastikan sistem saliran di kawasan tersebut berupaya menampung kehendak serta aliran air semasa, terutamanya ketika musim hujan berterusan.

"Longkang lama bersaiz kecil di Kampung Setia Jaya Merang diganti dengan longkang baharu yang lebih besar untuk menampung keperluan saliran air semasa," katanya.


Inisiatif naik naik taraf infrastruktur ini dijangka akan melancarkan lagi aliran air keluar, sekali gus mengurangkan masalah bertakung yang sering merunsingkan penduduk setempat.

Usaha berterusan Kerajaan Negeri Terengganu dan kepimpinan setempat ini membuktikan komitmen berterusan dalam memastikan keselesaan serta keselamatan infrastruktur asas rakyat sentiasa diberi keutamaan.


Tag :

Artikel Berkaitan