Jambatan Alternatif Taman Indah Sari Ke Masjid, Sekolah Siap Dibaiki

DUNGUN, 24 September - Jambatan altenatif yang menghubungkan Taman Indah Sari ke Masjid Batu 7 dan Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 7 dapat digunakan semula setelah operasi membaik pulih siap sepenuhnya.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 7, Suhaimi Mohammad berkata, laluan yang sering digunakan penduduk taman berkenaan kini selamat digunakkan dan orang ramai tidak perlu risau akan keselamatannya.

"Biasanya penduduk sekitar akan menggunakan jalan itu untuk menuju ke masjid dan sekolah.

"Ia sesuai kepada perjalan kaki dan yang menunggang motosikal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) semalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahri Mamat menjelaskan, peruntukan bagi membuat jalan terus dari taman itu ke masjid dan sekolah telah diluluskan di peringkat atasan.

"Kita sedang dalam proses untuk menunggu kerja-kerja pelaksanaan dimulakan," jelasnya.

Beliau juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada tenaga-tenaga masyarakat yang bergotong-royong membaiki jambatan berkenaan sebelum jalan utama siap dibina.

"Semoga mereka yang menyumbangkan tenaganya mendapat balasan kebaikan setiap insan yang melaluinya," ujarnya.


Tag: