Jalur Gemilang
Berita :
Lawatan Bersepadu RTB Sri Cheneh, Usaha Selaras Pembangunan dan Permohonan Peserta
Lawatan Bersepadu RTB Sri Cheneh, Usaha Selaras Pembangunan dan Permohonan Peserta
Ridhwan Balian
9 jam yang lepas
127

KEMAMAN, 8 Oktober — Lawatan bersepadu ke tapak Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Sri Cheneh diadakan bagi meninjau perkembangan kawasan serta menyelaras perkara berkaitan permohonan, pembangunan dan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Mohd Hafiz Adam berkata, keadaan muka bumi yang berbukit menjadi antara cabaran dalam melaksanakan kerja-kerja pembangunan di kawasan berkenaan, sekali gus memerlukan penyelarasan yang baik antara semua pihak berkaitan.

“Saya sentiasa memberikan sokongan terhadap usaha untuk membangunkan kawasan ini, khususnya bagi memudahkan penduduk merealisasikan hasrat untuk mendirikan rumah di kawasan RTB Sri Cheneh.

“Dalam masa yang sama, usaha pemutihan dan penyelarasan permohonan baharu akan turut dilaksanakan supaya perkara berkaitan dapat diselesaikan dengan lebih teratur dan tidak menjadi halangan kepada pembangunan kawasan,” katanya.

Lawatan tersebut turut disertai wakil Pejabat Tanah Kemaman, Pejabat Daerah Kemaman, Jabatan Perhutanan, Pengerusi JPKK serta Ahli Jawatankuasa RTB Sri Cheneh.

Menurut beliau, perkara tersebut perlu dilihat secara menyeluruh supaya setiap permohonan dan kerja yang dirancang dapat dilaksanakan secara teratur serta memberi manfaat kepada penduduk.

Mohd Hafiz turut menegaskan bahawa kerjasama berterusan antara agensi kerajaan, pihak pengurusan RTB dan penduduk amat penting bagi memastikan setiap isu dapat dikenal pasti serta ditangani mengikut bidang kuasa masing-masing.

"Usaha bersepadu tersebut diharap dapat membantu mempercepatkan penyelesaian perkara berkaitan serta membuka ruang kepada pembangunan RTB Sri Cheneh secara lebih tersusun demi kepentingan penduduk," katanya.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan