Jalur Gemilang
Berita :
“Ya Allah, Peliharakan Kemaman” Mercu Tanda Baharu
“Ya Allah, Peliharakan Kemaman” Mercu Tanda Baharu
Ezani Razali
1 jam yang lepas
62

KEMAMAN, 7 Oktober –  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato’ Hanafiah Mat, mendoakan agar daerah Kemaman dan seluruh rakyatnya sentiasa berada dalam perlindungan serta rahmat Allah SWT.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai mercu tanda di Taman Chukai Utama, Kemaman yang membawa mesej penuh makna, “Ya Allah, Peliharakan Kemaman.”

Menurutnya, ungkapan tersebut bukan sekadar menghiasi mercu tanda berkenaan, sebaliknya membawa doa dan harapan agar bumi Kemaman terus dipelihara daripada segala musibah dan bencana.

“Semoga Allah SWT terus memelihara bumi Kemaman, melindungi seluruh rakyatnya daripada segala musibah dan bencana serta mengurniakan keamanan, kesejahteraan dan keberkatan yang berpanjangan.

“Ya Allah, peliharakan Kemaman dan seluruh rakyatnya,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau turut berharap agar Kemaman terus berkembang sebagai sebuah daerah yang maju dan sejahtera, dalam masa sama kekal dilimpahi keberkatan serta menjadi tempat yang aman dan selamat untuk seluruh masyarakat.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan