KUALA LUMPUR, 7 Oktober– Ahli Parlimen Dungun, Dato’ Wan Hassan Mohd Ramli, merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh atlet Malaysia yang telah mengharumkan nama negara menerusi pencapaian cemerlang di pentas sukan antarabangsa, khususnya pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Beliau berkata, kejayaan yang dicapai para atlet negara membuktikan bahawa Malaysia mempunyai barisan atlet berkaliber yang mampu bersaing di peringkat tertinggi dunia.
Dalam perbahasan Rang Undang-Undang Pembangunan Sukan (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat, Wan Hassan turut memberikan penghargaan khusus kepada Dato' Azizulhasni Awang, anak kelahiran Dungun yang terus mengharumkan nama Malaysia dalam sukan berbasikal trek.

Selain itu, Azizulhasni turut memenangi pingat emas dalam acara Keirin Lelaki di Sukan Komanwel Glasgow 2026 lalu.
Wan Hassan menambah, kejayaan tersebut wajar dijadikan sumber inspirasi kepada anak-anak muda, khususnya di Dungun dan Terengganu, untuk menceburi bidang sukan serta berusaha mencapai kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Beliau berharap agar kejayaan atlet negara akan terus mendapat sokongan dan perhatian sewajarnya agar Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh sukan bertaraf dunia pada masa hadapan.