SHMMP KRISMAS: 176 Anggota KPDN Terengganu Ditugaskan Pantau Harga
Majlis berbuka puasa bersama 'geng tok adi'. |
Oleh : Hailmey Mansor
KUALA NERUS, 22 Mei - Seramai 68 orang 'Geng Tok Adi' diraikan dalam satu Majlis Iftar Jama'ie yang dianjurkan oleh Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.
Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab berkata, sumbangan golongan itu dalam menguruskan jenazah masyarakat setempat tidak dapat dinafikan lagi.
Jelasnya, majlis penghargaan yang diadakan itu sedikit sebanyak dapat meraikan dan mengiktiraf jasa mereka yang berkhidmat tanpa mengharapkan perhatian umum.
"Kita di pihak pejabat khidmat DUN sangat prihatin kepada para penggali kubur dan tukang mandi jenazah ini kerana kita tahu khidmat mereka amat penting apabila berlakunya sesuatu kematian.
"Kalau mereka tiada semestinya jenazah akan membusuk tanpa ada orang yang peduli, jadi jasa dan pengorbanan mereka ini sangat besar,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa program Majlis Iftar Jama'ie ‘Geng Tok Adi’ di AM Transit INN, di sini semalam.
Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Seberang Takir, Muda Abdullah, Penolong Penyelia i-MiTs, Jamaliah Abdullah dan Penghulu Mukim Seberang Takir, Khairi Ghazali.
Mohd fazil turut menegaskan, pengorbanan yang dilakukan oleh 'Geng Tok Adi' tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pihak.
“Kita lihat para penggali ini melakukan tugas tanpa kira waktu,ada masa orang minta jenazah nak ditanam malam mahupun pag,” tambah beliau lagi.