Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bakal merasmikan Majlis Pelepasan Trafik bertempat di Jejambat Bukit Tumbuh, Kuala Nerus, pada 21 Disember ini jam 5 petang
Dengan pelepasan tersebut, dijangkakan kesesakan di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu bakal berkurang.
Projek yang bermula pada November 2015, ilham Menteri Besar sendiri bagi mengurangkan kesesakan yang sering berlaku di jambatan tersebut terutama pada musim kemuncak seperti musim cuti perayaan dan cuti persekolahan.
Menurut satu kenyataan dari Jabatan Kerja Raya (JKR), kos keseluruhan projek tersebut menelan belanja hampir RM24 juta.