Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Tengku Putera (tiga dari kanan) bersama Pegawai JKM Hulu Terengganu Norazmy (dua dari kanan) melihat kiosk jualan Hulu Special Hub di Majlis Pelancaran KB Street baru-barui ini |
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Terengganu menjadi perintis dalam mewujudkan Jawatankuasa Penubuhan Hub Pemasaran Orang Kurang Upaya (OKU) di Terengganu.
Pegawainya, Norazmy Adenan berkata, ianya ditubuhkan setelah pihaknya mengkaji selama tiga tahun apabila menghadapi masalah untuk membantu OKU memasarkan hasil produk mereka di pasaran.
"Dalam tempoh tiga bulan,melalui jawatankuasa ini, pihak kami berjaya menubuhkan Hulu Special Hub pada November tahun lepas dengan gabungan elemen tradisional dan moden tidak tertumpu pemasaran setempat dan menjadi pusat sehenti tetapi juga kita melantik agen untuk pemasaran atas talian.
"Terkini kita juga dah memasuki jualan atas talian yang mempunyai ramai pembeli iaitu Shoppe dan Lazada pada satu Mac nanti bermakna barangan yang dihasilkan oleh OKU telah berada setanding dengan barangan lain...dan kita juga jual melalui Facebook dan Instagram.
"Alhamdulillah apabila kita tukar konsep pemasaran ini,pendapatan kita semakin meningkat..kita mampu tambah pendapatan dalam pusat pemulihan dalam komuniti(PDK) termasuklah kepada pelatih-pelatih yang terlibat secara khusus," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kuala Berang, hari ini.
Menurut Norazmy, terdapat 40 pelatih daripada enam PDK yang terlibat dalam kepakaran tertentu dalam menghasilkan jahitan kraftangan,karipap sejuk beku pembungkusan produk sabun,kuih tiram.
Selain itu, Hulu Special Hub juga merupakan pusat sehenti untuk 'Job Coach' melatih golongan OKU bukan sahaja di PDK tetapi yang ada di seluruh Daerah Hulu Terengganu untuk masuk ke industri pekerjaan.
"Sebab apa kita tubuhkannya satu kerana konsep pemasaran, kedua kerana sedar yang kita bermasalah untuk tempatkan pelatih-pelatih PDK dalam industri..jadi dengan adanya hub ini, kita latih mereka untuk berniaga.
"Kita latih mereka menghasilkan produk, bagaimana untuk berurusan dengan pelanggan jadi Hulu Special Hub ini tidak memfokuskan penjualan dan keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada keusahawanan sosial yang mana kita selesaikan masalah ekonomi dalam OKU dan PDK selain bergantung kepada geran kerajaan," katanya lagi.
Norazmy berkata konsep ini akan diperluaskan kepada semua daerah dan Hulu Special Hub akan mula memasarkan produk mereka ke Kemaman melalui penubuhan Hub di daerah tersebut bagi menempatkan OKU dalam industri perniagaan setanding dengan peniaga-peniaga yang telah ada.
"Bagi saya, kini keupayaan golongan OKU telah berubah kerana mereka turut mempunyai kelebihan setara dengan insan sempurna lain.
"OKU seringkali dipandang rendah oleh kebanyakan pihak tetapi sekurang-kurangnya, mereka ada inisiatif untuk mendapatkan duit, untuk menyara kehidupan mereka yang tidak sempurna berbanding pihak yang hanya tahu memandang sepi kewujudan golongan ini, " katanya.