Karnival Pantai Gamit Pengunjung Di Pantai Batu Burok
Mat Dan (kanan) turut serta memeriahkan acara berbalas pantun di Booth Beautiful Terenganu. Foto: Harish Fadzillah |
Pelbagai aktiviti menarik disajikan kepada pengunjung dari dalam dan luar negeri yang berkunjung ke karnival tersebut termasuklah acara berbalas pantun yang dianjurkan dengan kerjasama Lujnah Kesenian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu.
Urusetia program, Muhammad Alif Yusof berkata, acara itu bertujuan untuk memperkenalkan Kerajaan Negeri Terengganu kepada orang ramai dengan kaedah yang santai.
"Pengunjung dapat mengenal keunikan Terengganu daripada pelbagai aspek termasuklah kepimpinan negeri, tempat-tempat pelancongan yang ada dan sebagainya," katanya.
Alif berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Acara Pantun "Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera" di 'Booth Beautiful Terengganu', Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu (28 September).
Menurutnya, keterlibatan jejaka Inggeris yang fasih berbahasa dialek Terengganu, Muhammad Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali Mat Dan menarik perhatian pengunjung sekaligus memeriahkan suasana.
DJ Mat Dan dan pengacara Manis FM sebagai peserta jemputan berbalas pantun dalam acara tersebut dan Kumpulan Batik Shantik muncul sebagai pemenang mengalahkan Kumpulan Mengkuang Merang.
Dalam pada itu, Karnival Pantai Terengganu 2018 menampilkan keunikan dengan pendedahan tempat pelancongan negeri dan pengisian berilmu turut disajikan kepada pengunjung.
Antara yang bakal berlangsung adalah Malam Kesenian Islam, persempahan teater, deklamasi sajak, kuliah Maghrib, pertandingan nasyid dan pelbagai lagi aktiviti menarik.
Karnival berlangsung bermula 27 September hingga 29 September.