Kemudahan Infrastruktur Rakyat Jadi Keutamaan

Oleh : Fatimah Din 

MARANG, 25 Ogos - Kerajaan Negeri ketika ini lebih memberi tumpuan kepada projek yang lebih melibatkan kemudahan dan kesejahteraan hidup rakyat. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaaan dan  Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata,  kerajaan hari ini melihat kemudahan infrastruktur rakyat amat perlu diberikan perhatian. 

"Projek - projek yang melibatkan P02 iaitu seperti menaik taraf jalan baru, isu longkang, tanah perkuburan yang hampir penuh perlu diperbesarkan dan sebagainya kita cuba selesaikan

"Dan selama empat tahun menyiapkan projek P02, kita telah membelanjakan sebanyak RM4 juta,  ini adalah belanja yang sangat besar,"  jelasnya. 

 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman ketika ditemui di Warung Sarapan Pagi di sini. 

Menurut Ariffin lagi, pihaknya cuba menyelesaikan segala masalah dihadapi rakyat.

 "Contohnya di Telaga Mengkudu, ianya memerlukan longkang yang agak besar, kita usaha dalam masa tiga tahun kerana melibatkan tanah orang dan memerlukan bajet yang besar, alhamdulillah projek itu sedang berjalan sekarang ini,"  jelasnya. 


Tag: