Ketika itu, Kerajaan Terengganu ditadbir oleh PAS, pelbagai perancangan kerajaan menghantar kepimpinannya meninjau pentadbiran negara-negara Islam luar negara termasuk negara Nigeria.
Ketika itu Dr Mamad bertanding dalam Pilihan raya Umum ke-10 (PRU10) dan menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang.
Dr Mamad memuat naik gambar berkenaan di Facebook beliau sempena tular aktiviti netizen di media sosial mengenai Cabaran 10 tahun (10 Years Challenge) termasuk memuat naik gambar 10 tahun lalu untuk dibezakan dengan personaliti mereka terkini.
"Ramai yang buat #10yearschallenge. Belek gambar-gambar lama, terjumpa gambar ni (gambar di atas). Bersama sahabat baik saya Ustaz Satiful Bahri Mamat yang sekarang ni ADUN Paka. Tapi ini bukan 10 tahun yang dahulu, masa ni tahun 2003.
"Gambar ni gambar kenangan masa muda, melihat perkembangan pelaksanaan Islam di Nigeria. Pakai pakaian seperti di atas bukannya apa, 'luggage' kami dari Sudan ke Nigeria tidak dihantar. Bahkan apabila kami balik semula ke Sudan, didapati semua 'luggage' kami masih berada di 'airport'. Gambar ini diambil selepas solat Jumaat," jelas beliau.
Itulah gambar kenangan yang tidak dapat dilupakan beliau.