lightning-solid
Berita :
Kerajaan Negeri Giat Lakukan Persiapan Sempena Tahun Melawat Terengganu 2027
Kerajaan Negeri Giat Lakukan Persiapan Sempena Tahun Melawat Terengganu 2027
Abdul Fattah Kamarudin
01 Dec 25
299

KUALA TERENGGANU, 1 Disember – Kerajaan negeri giat melakukan persiapan bagi menerima kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa sempena Tahun Melawat Terengganu 2027.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Sulaiman Sulong berkata, tahun 2026 merupakan tempoh penting bagi Terengganu untuk memperkukuh promosi, membina momentum serta menguatkan identiti pelancongan negeri.

“Tahun 2026 adalah tahun yang sangat penting bagi negara dan negeri Terengganu. Seperti yang kita sedia maklum, Tahun Melawat Malaysia 2026 telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan dan pelbagai usaha sedang digerakkan bagi memastikan negara bersiap-siaga menerima kedatangan pelancong antarabangsa.

“Pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, Menteri Besar Terengganu turut mengumumkan bahawa tahun 2027 akan diangkat sebagai Tahun Melawat Terengganu, maka kita perlu membuat persediaan rapi dari sekarang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sesi Libat Urus Bengkel Penyelarasan Penyenaraian Cadangan Acara Dalam Kalendar Acara Pelancongan dan Kebudayaan (Calendar of Events) Negeri Terengganu Tahun 2026 sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 di Bangunan TD1303, semalam.

IMG_7727.jpeg 399.08 KB
Dalam ucapan itu, Sulaiman turut menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu atas usaha berterusan memajukan sektor pelancongan negeri, serta berharap penyediaan Calendar of Events 2026 dapat menarik minat pelancong melalui penganjuran acara berkualiti tanpa mengenepikan budaya tempatan.

“Saya merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu atas penganjuran sesi libat urus ini yang menghimpunkan para penganjur serta pemegang taruh sebagai asas kepada penyediaan kalendar acara yang lebih tersusun, berstrategik dan berimpak tinggi.
IMG_7729.jpeg 212.81 KB
“Suka saya ingatkan bahawa pelancongan adalah imej negeri. Oleh itu, saya menyeru supaya setiap acara dilaksanakan secara tertib, berhemah dan mematuhi Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan bagi menjaga sensitiviti tempatan, keharmonian masyarakat serta imej Islam sebagai dasar negeri,” katanya.


Artikel Berkaitan