Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
Keselamatan Pelancong Diutamakan
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, YB Ariffin Deraman memberitahu keselamatan pelancong ke pulau-pulau peranginan di Terengganu semasa musim tengkujuh adalah agenda utama kerajaan negeri dalam persediaan menghadapi kebarangkalian cuaca dan keadaan laut yang tidak menentu ketika musim tengkujuh.
Katanya, apa yang diwar-warkan melalui media yang menyatakan jangkaan penutupan resort-resort adalah sebagai langkah persediaan menghadapi musim tengkujuh.
“Bagaimanapun kepada bot-bot untuk keluar ke laut ianya bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan penilaian agensi penguatkuasa berkaitan untuk memberi pelepasan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurutnya, kerajaan negeri prihatin tentang keselamatan pelancong supaya pengusaha -pengusaha pelancongan di pulau – pulau ini sentiasa peka dan memberi perhatian terhadap keadaan serta situasi semasa.
“Selain perlu peka kepada laporan serta arahan daripada agensi – agensi yang berkaitan seperti Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Meteorologi Malaysia.” katanya