Kos Baiki Laluan Pejalan Kaki Ditanggung Kontraktor

Pegawai dan kakitangan yang menerima anugerah di Majlis Jamuan Tahunan dan Apresiasi PMINT 2017 di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu bergambar bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.  Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim

Kos pembaikian laluan pejalan kaki di Jalan Paya Keladi, Kuala Terengganu yang runtuh pada 1 Januari lalu akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kontraktor yang membina kemudahan itu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, pada ketika ini pihak MBKT masih menyiasat  secara menyeluruh termasuk memanggil pihak yang terlibat untuk mengetahui faktor kejadian itu.


"Kontraktor akan dipanggil dan kontraktor akan menanggung sepenuhnya kos pembaikian walupun projek ini sudah default time sudah habis setahun.

"Lihat dulu spesifikasi (yang telah dibuat) iaitu spesifikasi yang perlu ikut piawaian yang kita telah luluskan diambil reka bentuk dari perunding.

"Kita lihat semula dalam tempoh masa kerja apabila kita keluar CPC (Perakuan Siap Kerja) adakah CPC itu mengikut spesifikasi yang telah kita sediakan berdasarkan  dari perunding dan kita masih buat siasatan terperinci untuk melihat betul atau tidak,"katanya selepas Majlis Jamuan Tahunan dan Apresiasi PMINT 2017 di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail petang tadi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PMINT, Razaki Putih.


Samiun berkata, struktur bahagian binaan tidak dibuang tetapi dibaiki dengan berdasarkan spesifikasi yang betul dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan pada sebelum ini.

Tegasnya, MBKT sedia mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melaksanakan projek berkenaan jika terbukti laluan pejalan kaki dibina tidak mengikut spesifikasi atau prosedur operasi standard yang tepat.  -http//:terengganu.news

Tag: