Sebatan Syariah: Permulaan Terengganu Mendaulatkan Perundangan Islam
Kejohanan lumba basikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 kembali menggegar Kuala Berang sebagai venue pelepasan peringkat pertama bagi acara pembukaan kejohanan edisi ke-22 itu, hari ini.
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata pemilihan Kuala Berang sebagai pentas pelepasan peringkat pertama memberi impak positif kepada daerah itu.
Katanya, ini merupakan pertama kali Daerah Hulu Terengganu dijadikan permulaan LTdL iaitu dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu sepanjang 124.8 kilometer.
"Penganjuran LTdL 2017 kali ini dijangkakan akan memberi kesan positif terutamanya sepanjang Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 dan menarik lebih ramai pelawat dari luar Terengganu datang ke sini,"kata Jailani selepas melakukan pelepasan kepada para peserta perlumbaan LTdL di Kuala Berang, hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia Dan Sukan , Datuk M.Saravanan.
Jailani berharap pemilihan Kuala Berang sebagai venue pelepasan terus di kekalkan dan juga di beri peluang untuk menjadi venue bagi upacara penutup pada LTdL seterusnya.
Sebanyak 19 pasukan melibatkan 114 peserta memulakan perlumbaan pagi tadi termasuk Terengganu Cycling Team (TSG) yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan itu.
Pelumba dilepaskan bermula jam 11.00 pagi di hadapan Pasar Besar Kuala Berang dan akan melalui Kampung (Kg) Gaung, Kg Telaga, Kg Paya Akob, Kg Pasir Dula, Kg Pelong, Kg Langkap, Kg Sungai Ikan, Kg Gemuruh sehingga ke Bulatan Batu Enam.
Sementara itu, hampir 5,000 penduduk sekitar Daerah Hulu Terengganu membanjiri Bandar Kuala Berang untuk menyaksikan perlumbaan basikal termasyhur dunia itu.
Jailani berkata, seawal pagi lagi orang ramai berkumpul untuk menyaksikan jaguh lumba basikal saling berentap melalui jalan utama dan jalan sepanjang kampung Kuala Berang -Kuala Terengganu.
"Kehadiran peserta perlumbaan di tengah Bandar Kuala Berang ini menceriakan suasana dengan keadaan cuaca yang amat baik dan panas ketika program berkenaan berlangsung,
"Walaupun bukan hari minggu dan berlaku pada hari bekerja,saya lihat ianya tidak menghalang orang ramai keluar untuk menyaksikan perlumbaan yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh penduduk tempatan,"katanya.
Bagi Kamarul Azman,38, dia tidak pernah melepaskan peluang untuk menyaksikan LTdL setiap kali diadakan di Kuala Berang.
"Seawal pagi saya dah bergerak dari rumah untuk lihat sendiri perlumbaan berprestij yang hanya mampu dilihat setahun sekali apabila diadakan,
"Apabila Kuala Berang diumumkan sebagai venue pelepasan pertama,saya cukup bangga sebab ianya mampu menaikkan nama bandar ini di mata dunia,"ujarnya.