Lakukan Perubahan Tanpa Mengira Fahaman Politik




Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim menyeru umat Islam  melakukan perubahan  diri, termasuk berkaitan fahaman politik ke arah lebih baik

Katanya, tahun ini rakyat negeri Terengganu memilih untuk melakukan perubahan dengan memberi mandat kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) menerajui   Terengganu dan kami yang berada dalam saf kepimpinan kerajaan inshaAllah akan bekerja bagi merealisasikan tema  Menyantuni Ummat, Membawa Rahmat”. 

“Kita mungkin berbeza pendapat ketika musim pilihan raya lalu, tetapi selepas pilihan raya, semua yang ada di Terengganu adalah rakyat kita, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai kerajaan untuk memberi keadilan dan menyantuni rakyat dengan sebaiknya.

“Kita mahu waktu tenang ketika 100 hari peralihan kuasa berterusan dan insaAllah kita akan sama membina Terengganu  dengan matlamat mencapai tahap sebuah negeri  maju yang mendapat keberkatan  dari Allah dan kita perlu membina kesejateraan bersama,” katanya.



Tag: