Lebih 100,000 Pengunjung Meriahkan Pelita Raya 2026
Mohd Irsyadi Abu Bakar
1 jam yang lepas
54
KUALA NERUS, 4 Mac - Lebih 100,000 kehadiran pengunjung direkodkan dalam program Pelita Raya 2026 yang menutup tirainya, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, kiraan tersebut berdasarkan jualan tiket yang dilaksanakan pihak penganjur.

"Pada kali ini, saya difahamkan lebih 100,000 kehadiran pengunjung.
"Kita menetapkan RM2 seorang bagi usia 13 tahun ke atas sahaja, tetapi ada kelonggaran kadang-kadang kita bagi masuk sesetengah orang pada kadar minimum.
"(Keuntungan)bukan keutamaan kita, cuma kita hendak tengok (kehadiran).
"Pelancong yang datang pula bukan sekadar tempatan, ada juga pelancong asing yang dilihat kali ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan penyampaian hadiah buat pemenang pertandingan Pelita Raya di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT), semalam.

"Manakala, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) pula meraih gelaran juara bagi kategori agensi dan anak syarikat.
"Apa yang saya rasa bangga kali ini semua anak-anak syarikat bersungguh-sungguh bertanding termasuklah jemputan dari negeri Perlis," tambahnya.
