Lebih 15,000 Hadir Rumah Terbuka Menteri Besar Terengganu

Ahmad Samsuri bersama isteri mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak. Harish Fadzillah Abu Kassim

Kira-kira 15,000 orang hadir ke rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar  di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Orang ramai mengambil masa lebih satu jam untuk bersalaman dengan Ahmad Samsuri dan Isteri Tuan Faizah  Tuan Abdul Rahman sebelum menikmati pelbagai juadah disediakan.

Walaupun terpaksa berdiri dan beratur di tengah panas terik, ia tidak menghalang rakyat termasuk mereka yang bukan beragama Islam untuk hadir ke majlis rumah terbuka yang diadakan bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.


Tiada riak keletihan pada pada wajah Ahmad Samsuri dan isteri yang sentiasa mengalu-alukan kehadiran tetamu.

Lebih 200 juadah termasuk laksam, sate, nasi dagang, nasi minyak,keropok goreng segera dan pelbagai kuih muih disediakan untuk pengunjung.

Malah, rumah terbuka pemimpin terbabit bukan sahaja dikunjungi masyarakat setempat malah anak perantau dan penduduk luar Terengganu


Tag: