Pendebat Terbaik Bahasa Arab Terima Anugerah Khas EXCO Pendidikan
KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Pengguna (KPDNHEP) akan menggerakkan lebih 2,000 penguat kuasa bagi memantau bazar Ramadan di seluruh negara berikutan jangkaan akan berlaku kenaikan harga juadah kali ini.
Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, penguatkuasaan turut dibantu kira-kira 1,000 pegawai pemantau harga bagi memastikan pengguna tidak menjadi mangsa kenaikan harga pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Kenaikan harga makanan mungkin tidak boleh dielak berikutan perubahan harga bahan mentah di pasaran, namun menjadi satu kesalahan sekiranya keuntungan yang diambil terlampau tinggi.
"Peniaga mungkin akan melakukan perubahan harga jual untuk menampung kos dan jika kita terima aduan harga makanan dijual melampau serta tidak munasabah, kita akan lakukan siasatan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Apresiasi Kepenggunaan bersama Media Terengganu di Hotel Paya Bunga, di sini pada malam Ahad.
Tambahnya, sebarang penentuan harga perlulah munasabah dengan kos bahan mentah yang terpaksa ditanggung.