Lebih 500 Hadiri Ambang Maulidur Rasul


Lebih 500 jemaah memenuhi Masjid Abidin, Kuala Terengganu dalam Majlis Sambutan Ambang Maulidur Rasul 1439H/2017M peringkat negeri Terengganu yang berlangsung semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.


Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Yang Dipertua Maidam, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail.

Majlis yang dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah tersebut turut diselang dengan alunan selawat dan qasidah oleh Kumpulan Soutul Muhibbin Madrasah Al-Muhajirin Bukit Jong serta ceramah Tausiyah Perdana oleh Tokoh Ulama Nusantara, Sheikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani.

Selepas selesai majlis tersebut, jemaah turut disajikan dengan jamuan.

Tag: