Ibu Selamatkan Nyawa Anak OKU Dari Jadi Mangsa Kebakaran
Abdul Fattah Kamarudin
1 hari yang lepas
43
MARANG, 30 April – Sebuah rumah di Taman Safiah Murni di sini rosak teruk akibat kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar kediaman itu petang tadi, namun tiada mangsa dilaporkan cedera.

“Bila anak sampai rumah 1.50 petang, api dah sampai kat pintu belakang rumah,” katanya.
Menurut beliau, kebiasaan anaknya itu akan pulang untuk menukar pakaian sebelum keluar semula, namun hari ini dia terus memaklumkan rumah mereka terbakar.
Ketika kejadian, Wan Nor Zaimah berada di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang bagi membantu suaminya berniaga.
Rumah tersebut didiami seramai enam orang anak, seorang menantu dan seorang cucu. Salah seorang anaknya merupakan orang kurang upaya (OKU) yang sentiasa dibawa bersama ke mana-mana atas faktor keselamatan.
“Anak OKU ini saya sentiasa bawa ke mana-mana, tidak tinggal di rumah kerana fikirkan keselamatannya,” tambahnya.

“Saya terima video daripada penduduk taman yang menunjukkan kebakaran berlaku. Melihat api yang marak, saya bimbang jika ada yang terperangkap di dalam rumah.
“Alhamdulillah, apabila saya sampai, tiada seorang pun yang cedera,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Pengkalan Berangan serta agensi kerajaan akan membantu mangsa sebaik mungkin.
“Insya-Allah, pihak saya akan beri mangsa menginap di homestay buat sementara waktu dan ada lagi bantuan lain akan menyusul” katanya lagi.
Punca kejadian masih dalam siasatan forensik pihak bomba.
Tag :