Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
KUALA TERENGGANU, 21 Mei - Program Taklimat Lonjakan Perniagaan merupakan inisiatif pihak kerajaan memperkasakan usahawan agar mampu menghadapi cabaran eknomi dunia hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata program ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan yang lebih jitu kepada para usahawan terutama mengenai bantuan pembiayaan dari pelbagai agensi keusahawanan.
“Antara 100 peserta yang terpilih hari ini bertuah kerana dapat bersama dalam program hari ini yang dapat memberikan kelebihan kepada usahawan itu sendiri dalam menghadapi cabaran ekonomi sekarang.
“Dengan pendedahan kemudahan pinjaman ini diharapkan usahawan dapat menstabilkan perniagaan dan mengembangkan perniagaan mereka di pasaran yang lebih luas,” ujarnya dalam majlis perasmian yang berlangsung di Dewan Konvesyen, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Kuala Terengganu.
Progran itu dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan ( YPU ) dengan kerjasama MIDA, MATRADE, SME Corp dan juga Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Turut hadir pada majlis ini Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Afnida Aini Alwi, Pengarah MATRADE Wilayah Timur, Zaimah Osman dan juga Pengarah MIDA Terengganu, Amalina Ahmad serta Pengarah SME Corp Terengganu, Mohd Firdhouse.