Maal Hijrah: Ibrah Sahabiah Sebagai Panduan
Ustaz Che Alias Hamid. |
KEMAMAN - Awal Muharram atau Maal Hijrah adalah hari penting bagi umat Islam untuk mengingati peristiwa penting yang mana Rasulullah sanggup berhijrah meninggalkan bumi Makkah menuju ke Madinah.
Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid berkata, dalam menyambut tahun baru ini, semua pihak seharusnya menyambut dengan mengambil ibrah (pengajaran) melalui peristiwa ini.
"Marilah kita bersama-sama dengan Islam, kerana denganya ia akan membawa keberkatan dan rahmat kepada semua.
"Bersempena dengan tema Maal Hijrah 'Menyantuni Umat Membawa Rahmat’, sambutlah tahun baru hijrah ini dengan penuh keinsafan dengan mengambil ibrah melaui peristiwa hijrah Rasulullah SAW," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Kemaman, semalam (9 September).
“Sama-sama kita bermuhasabah dan menilai sejauh manakah amalan yang telah kita lakukan tahun yang lalu sebelum berdepan dengan tahun baru hijrah esok.
“Mudah-mudahan, Allah Taala memberi rahmat kepada kita semua sebagaimana Allah telah memberi rahmat kepada masyarakat di Madinah dan itulah harapan kita khususnya di negeri Terengganu ini,” katanya.