KUALA TERENGGANU, 4 November – Pameran Wajah Warisan Malaysia hasil karya Tokoh Seni Negara, Ismail Embong atau lebih dikenali sebagai Maembong kini sedang berlangsung di Serambi Mandalika, Muzium Negeri Terengganu.
Pameran yang bermula 15 Oktober hingga 15 November depan menampilkan 70 karya seni yang menggambarkan wajah dan personaliti mewakili setiap negeri di Malaysia di mana setiap karya bukan sekadar lukisan semata-mata, tetapi turut membawa mesej mendalam yang tersurat dan tersirat
Katanya, Negeri Terengganu yang kaya dengan keindahan alam, budaya dan kesenian telah melahirkan ramai tokoh seni yang berjaya di peringkat antarabangsa.
“Kita berasa bangga dengan pencapaian mereka yang menjadi duta kecil, menvisualkan kepelbagaian Negeri Terengganu di mata dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian pameran tersebut yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu, Ahmad Shah Mohamed di sini, kelmarin.
Katanya, pameran seperti ini bukan sahaja mengangkat martabat seni lukis tanah air, malah menjadi pemangkin kepada pertambahan jumlah pelawat ke Muzium Negeri Terengganu.