lightning-solid
Berita :
Majlis Daerah Marang Juara Kejohanan Futsal Antara Jabatan
Majlis Daerah Marang Juara Kejohanan Futsal Antara Jabatan
Noraini Jusoh
24 Nov 25
193

Oleh: Muhammad Hibatul Jihadi Mad Daud

MARANG, 24 November - Pasukan Majlis Daerah Marang muncul juara Kejohanan Futsal Antara Jabatan selepas menewaskan RISDA Marang 3-0 di Dewan Futsal KESRA Marang.

Kejohanan sehari anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu berlangsung dengan penuh meriah dengan penyertaan 11 pasukan daripada pelbagai jabatan di sekitar daerah Marang.

Antaranya, Pejabat Daerah & Tanah Marang, Pejabat Agama Marang, MAIDAM, PERKAYA, RISDA, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Alur Limbat dan beberapa agensi lain.

Pengarah program, Abd Aman Awang, 28, berkata penganjuran kejohanan tersebut bukan sahaja memupuk semangat kesukanan, tetapi turut menjadi platform mengeratkan ukhuwah antara kakitangan jabatan.

“Program ini adalah salah satu cara untuk mengeratkan ukhuwah antara jabatan selain dapat menyemai budaya hidup sihat di kalangan kakitangan jabatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program tersebut, baru-baru ini.

Majlis penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang, Najmudin Rani.

Abd Aman turut menzahirkan rasa syukur kerana program tersebut mendapat sambutan yang amat baik, diserikan lagi dengan cabutan bertuah serta penyampaian hadiah kejohanan kepada pemenang.


Tag :

Artikel Berkaitan