Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Terengganu Buka Tirai



KEMAMAN, 29 Januari - Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat negeri Terengganu membuka tirainya hari ini dengan acara menghafaz al-Quran seawal jam sembilan pagi tadi.

Manakala, acara tilawah al-Quran pula akan dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, malam ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman itu disertai 26 huffaz al-Quran dan 16 Qari dan Qariah daripada seluruh daerah.


Johan Qari dan Qariah tahun lalu, Mohd Zaky Ismail dan Nor Hidayah Abd. Rahman turut menyertai pertandingan tersebut.

Majlis itu akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga Khamis (31 Januari).

Penduduk di sekitar Kemaman yang berkelapangan dijemput hadir mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran daripada peserta yang bertanding.


Tag: