Bina Benteng Sementara Selamatkan Rumah Hampir Roboh- Hishamuddin
Oleh : Mohd Haniff Abas
KUALA TERENGGANU - Masjid Al Ikhlas, Kampung Banggol Tuan Muda melancarkan Tabung Qurban Perdana dengan mensasarkan 15 ekor lembu korban menjelang Hari Raya Aidiladha 2019, malam tadi.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim
berkata, setiap orang sepatutnya mengambil peluang memanfaatkan program itu yang tidak membebankan umat Islam untuk menunaikan tanggungjawab sebagai muslim.
"Inisiatif ini sangat tepat dan wajar direbut semua penduduk beragama Islam kerana ianya tidak membebankan berbanding dengan membayar sekali gus sebagaimana kebiasaan, "katanya.
Beliau berkata demikian ketika dijemput memberi kuliah Maghrib mengenai hal ehwal korban dan seterusnya melancarkan Tabung Qurban Perdana 2019 Masjid Al Ikhlas Banggol Tuan Muda, di masjid itu, di sini.
Sebanyak 85 unit tabung diedarkan sempena pelancaran itu dengan setiap peserta diwajibkan menabung sebanyak RM2 sehari.
Ridzuan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Buluh Gading berkata, dengan adanya program seperti itu, tiada alasan lagi untuk tidak melakukan ibadat korban pada tahun hadapan.