Berita :
Lebih 200 Pelajar Cemerlang SPM 2025 DUN Cukai Diraikan
Lebih 200 Pelajar Cemerlang SPM 2025 DUN Cukai Diraikan
Mastura Jamal Din
17 jam yang lepas
69

KEMAMAN, 9 April -  Seramai lebih 200 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SPM 2025 yang diadakan baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato' Hanafiah Mat berkata, sebanyak lebih RM40,000 diperuntukkan bagi menghargai pencapaian para pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Menurut beliau, pelajar yang diraikan terdiri daripada mereka yang memperoleh keputusan bermula 5A sehingga pelajar yang berjaya mencatat keputusan straight 12A dan straight 11A+.

“Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas usaha gigih dan kecemerlangan anak-anak DUN Cukai dalam peperiksaan SPM 2025.

“Kejayaan yang diraih ini bukan sahaja membanggakan ibu bapa dan keluarga, malah turut mengangkat nama DUN Cukai sebagai kawasan yang melahirkan pelajar berprestasi tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan hadiah wang tunai dan cenderamata kepada setiap pelajar cemerlang mengikut pencapaian masing-masing.

Tambah beliau, pengiktirafan seumpama itu diharap dapat menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk terus melakar kejayaan dalam bidang akademik dan kehidupan pada masa hadapan.
“Saya mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang diraikan hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak untuk terus berusaha, melangkah lebih jauh dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang, insya-Allah,” katanya.



Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan