Jalur Gemilang
Berita :
1.2 Tan Duku Habis Dalam Masa 30 Minit
1.2 Tan Duku Habis Dalam Masa 30 Minit
Mohd Haniff Abas
10 jam yang lepas
153

KUALA NERUS, 13 Oktober – Sebanyak 1.2 tan buah duku habis diagihkan kepada pengguna jalan raya dalam tempoh hanya 30 minit menerusi inisiatif berkongsi rezeki oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim.

Agihan yang berlangsung di hadapan Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading itu mendapat sambutan memberangsangkan apabila kesemua buah duku habis diberikan kepada pengguna jalan raya dalam tempoh singkat.

Ridzuan berkata, buah duku berkenaan dibeli terus daripada pekebun dalam kawasan DUN Buluh Gading sebelum dibawa ke pejabat DUN untuk dibungkus bagi tujuan pengagihan.

“Setiap bungkusan mengandungi kira-kira dua kilogram buah duku bagi memudahkan proses agihan.

“Inisiatif itu dilaksanakan sebagai usaha membantu pekebun tempatan yang berdepan lambakan buah duku berikutan hasil yang banyak pada musim ini," katanya.

Katanya, pada masa sama, orang ramai turut berpeluang menikmati buah duku yang sememangnya menjadi kegemaran ramai sekali gus menjadikan usaha berkenaan satu pendekatan untuk berkongsi rezeki antara pekebun dan masyarakat.

Menurut beliau, inisiatif seumpama itu akan cuba diteruskan pada masa akan datang sekiranya terdapat bekalan buah duku yang mencukupi.

"Usaha sebegini diharap dapat membantu pekebun memasarkan hasil tanaman mereka, selain menyemarakkan budaya saling membantu dan berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat setempat," ujarnya.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan