MAWADDAH Memacu Potensi Wanita Di Terengganu

Alias bergambar bersama peserta-peserta retreat MAWADDAH di Hotel Primula, baru-baru ini


Oleh :Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 23 Januari – Penubuhan Majlis Permuafakatan Wanita Terengganu (MAWADDAH) sebagai badan penasihat di bawah kerajaan negeri diwujudkan bagi menggilap potensi wanita dalam memberi sumbangan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negeri.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun, berkata kesungguhan kerajaan negeri untuk memajukan wanita di Terengganu  terserlah dengan penubuhan badan penasihat ini.

“MAWADDAH merupakan badan penasihat untuk portfolio saya, khusus menjadi pemacu wanita di negeri ini ke arah pembangunan insan yang holistik.

"Badan ini akan merancang hala tuju wanita negeri Terengganu dan ia dianggotai ahli akademik, ahli profesional,  usahawan dan wanita-wanita di dalam pelbagai bidang, " ujarnya ketika dihubungi oleh Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) bagi mengulas penubuhannya.

Alias Harun
Menurut Alias, selain membantu wanita melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang utama, MAWADDAH juga memberi panduan serta arah haluan dalam segala usaha pembangunan supaya kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai dan diintegrasikan sumbangan mereka dalam proses pembangunan negeri.

" Jadi dia orang merangka program-program supaya tidak lari daripada kehendak kerajaan negeri.

"Dengan meletakkan sasaran kerajaan supaya rakyat  Maju, Berkat dan Sejahtera dan juga meletakkan penyelesaiannya dengan cara Islam,"kata beliau.























Tag: