Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman hadir ke Majlis Sambut Menantu Bekas Menteri Terengganu Dato' Seri Ahmad Said di kediamannya di Kijal, Kemaman, tengahari tadi.
Menteri Besar hadir kira-kira jam 1 petang untuk meraikan majlis perkahwinan anak ketiga Ahmad Said, Mohd Asyraf Farhan Ahmad dengan pasangannya, Athirah Abu Zahrin.