Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
MB Menikmati Suasana Malam Di Muara Sungai Terengganu
Dr Ahmad Samsuri (tengah) bersama Dato' Tengku Hassan ((kanan sekali) dan Encik Ariffin (dua dari kanan) di suasana malam sekitar TTI Muara Sungai Terengganu. |
Kuala Terengganu, 4 September - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Isteri, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman dibawa menikmati suasana malam di muara Sungai Terengganu sambil memerharti bagaimana produk pelancongan boleh dihasilkan untuk manfaat rakyat dan negeri TerengganuTerengganu.
Turut serta Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman dan isteri masing-masing.
Mereka dijemput oleh River Cruise Taman Tamaddun Islam (TTI) untuk majlis makan malam sambil menyelusuri sungai Terengganu.
TTI adalah satu produk pelancongan terkenal di Malaysia, Pelancong dalam dan luar negeri datang ke situ untuk melihat kecantikan Masjid Kristal khususnya sebagai mercu tanda pelancongan di muara sungai Terengganu.
Ada yang datang dari Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat dan lain-lain negara terkenal dunia menunjukkan Masjid Kristal popular sebagai produk pelancongan dunia.
Mereka datang ke Terengganu, tidak sah jika tidak singgah sebentar untuk mengambil gambar 'selfie' atau seumpamanya sebagai kenangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.
Bagaimanapun masjid itu mengalami beberapa kerosakan bahagian dalaman yang perlu dibaiki segera bagi memelihara dan menjaga keindahan masjid itu dan orang ramai dilarang memasukinya.
Masjid itu bukan sahaja menjadi tempat pelancongan tetapi ia juga menjadi tempat ibadat pengunjung dan penduduk sekitar. Kerajaan menggaji imam dan bilal khas untuk menghidupkan sembahyang lima waktu di masjid berkenaan sebelum ini.