Menjaga Maslahat Umum Lebih Utama Berbanding Perasaan Malu Pesalah
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menerima kunjungan hormat pihak Lembaga Pengarah dan pengurusan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di pejabatnya di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Kunjungan kira-kira 30 minit yang diketuai Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin itu turut dihadiri Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.
Pada kunjungan hormat itu, Kamarudin yang mewakili UniSZA menyerahkan cek berjumlah RM61 juta kepada Ahmad Razif yang mewakili kerajaan negeri.
Ianya sebagai bayaran tanah sebahagian kampus UniSZA Gong Badak oleh universiti itu kepada kerajaan negeri.