'Melampau, Sengaja Hendak Jatuhkan Maruah Saya' - YBC

KUALA TERENGGANU, 6 Jun- Susulan tular sebuah video yang sengaja disebarkan oleh individu tidak dikenali, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Kekuarga, dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat tampil membuat laporan polis.

"Saya telah mendapati satu sebaran video oleh individu terbabit di dalam Media Sosial, Facebook dan juga Whatsapp Group beserta dengan video yang telah menunjukkan Dato' Ahmad Said memegang kemaluan saya.

"Sesungguhnya ia bertujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan maruah saya, ia adalah melampau kerana diambil dan disebarkan tanpa persetujuan.

"Saya meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap penyebar video tersebut di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," ujarnya melalui suatu kenyataan, selepas membuat laporan berkait kejadian itu di Balai Polis Chukai,Kemaman, semalam.

Mengulas lanjut katanya, kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu telah terjadi ketika berada di dalam khemah Perasmian Aspirasi Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia di perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus, kelmarin.