MPKK DUN Ajil Terima Mesin Rumput


Oleh : Khairuddin Yusoff

HULU TERENGGANU, 24 Ogos-
Kesemua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Ajil (DUN) Ajil menerima sumbangan mesin rumput daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu .

ADUNnya, Ustaz Maliaman Kassim berkata, pemberian ini merupakan satu simbolik kepada mereka untuk menceriakan suasana dan menjaga kebersihan kampung masing - masing.

“Alhamdulillah pada tahun ini kita beri kepada semua MPKK mesin rumput untuk mereka ceriakan suasana kampung agar kelihatan bersih dan sedap mata memandang.

“Berbeza pada tahun lepas kita telah memberi satu set laptop dan mesin pencetak yang lengkap bagi memudahkan gerak  kerja pengurusan mereka,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mengagihkan mesin rumput kepada MPKK dan merasmikan program gotong - royong Merdeka anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat (ADUN) Ajil dengan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) Kebangsaan dengan kerjasama agensi - agensi kerajaan di Dataran Ajil Trade Centre (ATC), semalam.

Katanya, selepas pemberian ini tidak timbul lagi alasan untuk melakukan gotong royong dengan alasan tidak mempunyai alat kelengkapan.

“Kita harap dengan  pemberian ini MPKK tidak boleh memberi alasan tiada ada kelengkapan dan  walaupun kita bagi mesin rumput tetapi itu merupakan satu nilai yang besar bagi mengerakkan usaha untuk mewujudkan suasana yang bersih di kampung mereka.

“Ini merupakan satu usaha daripada pihak DUN melibatkan perbelanjaan yang agak besar,” jelasnya.

Tag: