Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
Dato' Seri Abdul Hadi (tengah) membuang undi dalam Pemilihan Jawatan Kerja PAS Pusat, di Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Bandar Indera Mahkota, Kuantan hari ini. |
Presiden PAS berkata kejayaan itu bukan hanya ucapan kosong sebaliknya sudah dibuktikan melalui hak kebajikan dan beragama yang dijaga oleh kerajaan di bawah kepimpinan PAS.
Katanya, hubungan dalam masyarakat majmuk wajib dipelihara dengan mengutamakan mesej Islam dan telah berjaya disampaikan.
“Jangan sekali-kali bertindak dengan cara melulu sehingga menutup pintub bermasyarakat dan menghalang dakwah dengan tindakan kononnya beragama tetapi melakukan kejahilan dengan menghalang Islam disampaikan melalui pergaulan masyarakat yang telah ditetapkan sempadannya oleh hukum Islam.
“Kita bukan berteori kerana telah membuktikan dengan rekod bebas rasuah, telus, berhemat dan adil untuk semua sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan, Terengganu termasuk Kedah, bukannya seperti Pakatan Harapan (PH) ibarat kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Betara Kanan Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan wakil dari beberapa kedutaan asing.