• 08 Sept 2024 | 4 Rabiul Awal 1446

Mykad Smart Shopper Dilancar Di Terengganu

Ariffin (tiga dari kiri) melancarkan Mykad Smart Shopper di Maydin Mall Gong Badak.



KUALA NERUS - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Ariffin Deraman mengucapkan tahnian kepada pengasas aplikasi Mykad Smart Shopper 'Bandar Era Digital', Dato' Lawrence Teo di atas kejayaan menghasilkan aplikasi itu untuk kemudahan pengguna di seluruh Malaysia.

Serentak itu beliau dan isteri, Puan Arinah Lah hadir dan melancarkan Maykad Smart Shopper  itu di Pentas Utama syarikat hyperuncit berkenaan, 16 September.

Dengan pelancaran tersebut mengguna di sekitar daerah itu dijangka akan mula menggunakan kemudahan digital tersebut dalam urusan jual beli barangan terpilih melalui aplikasi berkenaan.

Di status Facebook Arifin menyebut bahawa ia merupakan pelancaran pertama di Malaysia, dilancarkan di Terengganu dan akan dikembangkan ke negeri-negeri seluruh Malaysia.


Tag: