Kerajaan negeri akan membela nasib keluarga Allahyarham Ahmad Fakhrurazi Shafie yang meninggal dunia selepas dipercayai sesak nafas dalam kebakaran yang berlaku di rumahnya di Kampung Kuala Ibai, semalam.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya juga bersedia menyalurkan bantuan termasuk membiayai perbelanjaan pendidikan anak mangsa
Katanya, bantuan pembelajaran itu disalurkan sehingga mereka dapat belajar ke peringkat lebih tinggi.
" Isteri arwah bekerja di bekerja di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, jadi tidak ada masalah untuk berbuat demikian.
"Saya akan minta Yayasan Terengganu melihat secara terperinci bantuan yang boleh disalirkan kepada keluarga arwah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menziarah keluarga mangsa di Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu, malam tadi.
Dalam kejadian 8.40 pagi semalam, mangsa ditemui tidak sedarkan diri sambil memeluk anaknya Muhammad Aqil Harith berusia tiga tahun di halaman rumah oleh anak saudaranya.
Mangsa yang juga Timbalan Ketua UMNO Cawangan Kuala Ibai meninggalkan seorang balu Tengku Mastura Tengku Ahmad, 38, yang mengandung empat bulan dan empat anak yang berusia tiga hingga 14 tahun.
Ahmad Razif ketika melawat keluarga mangsa. Foto Tg Syamim Tg Ismail |