Paras Air Sungai Masih Normal - MB

Ahmad Razif Abd Rahman

Kerajaan negeri sentiasa memantau dan mengambil langkah berjaga-jaga pada musim tengkujuh yang baru sahaja bermula.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata paras sungai-sungai utama negeri masih berada dalam keadaan normal setakat ini.

"Namun demikian, kita akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa.

"Pihak berkuatkuasa dan agensi kerajaan kini telah diarahkan bersiap siaga untuk menghulurkan bantuan dalam kadar segera jika keadaan memerlukan," katanya.

Ahmad Razif dalam pada itu juga mengingatkan agar masyarakat supaya sentiasa memberi kerjasama serta mematuhi arahan pihak berkuasa khususnya sekiranya diminta untuk berpindah.

Tag: