PAS Dapat Kerjasama Dari Kerajaan Pahang


Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Oleh: Nasir Abdullah

KUANTAN, 23 Jun - PAS mendapat manafaat dari taawun dengan Umno apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) Pahang membuka untuk mendapat kerjasama dengan semua agensi kerajaan negeri itu.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,  berpegang prinsip sebagai parti yang bersikap terbuka sedia bekerjasama dengan semua pihak demi menjayakan cita-cita perjuangan dan membina masyarakat berteraskan Islam.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.

Menceritakan taawun siasi dengan UMNO beliau mendedahkan bahawa dalam satu mesyuarat bersama  PAS-UMNO, tiga perkara telah dibentuk dan mendapat persetujuan bersama.

Ini termasuk yang pertama, bertanding satu lawan satu berdasarkan tempat parti popular mudah menang bertanding dalam mana-mana pilihanraya.

“Yang kedua, kita bersetuju di mana-mana sahaja isu yang melibatkan kepentingan Islam dan umatnya perlu ada kemuafakatan untuk penyelesaian isu tersebut," terang beliau.

Manakala yang ketiga kataya, bersepakat untuk menangani isu parlimen bersesuaian dengan dasar parti.

“Jika taawun ini dapat diteruskan, maka akan banyak lagi faedah  yang bakal diterima bukan sahaja parti tetapi sudah tentunya rakyat,” jelasnya.

Tag: