SHMMP KRISMAS: 176 Anggota KPDN Terengganu Ditugaskan Pantau Harga
Pasukan Pencak Silat Sasar 4 Emas
Oleh : Mohd Haniff Abas
KUALA TERENGGANU- Pasukan Pencak Silat Terengganu mensasarkan sekurang-kurang empat pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang akan diadakan di Perak dari 12 hingga 22 September ini.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Ustaz Ridzuan Hashim yang juga merupakan ADUN Buluh Gading berkata, seramai 32 orang atlet pencak silat sedang menjalani latihan dan telah benar - benar bersedia untuk menghadapi pertandingan itu nanti.
Beliau yang juga dilantik sebagai “Bapa Angkat” kepada sukan pencak silat ini berasa amat yakin untuk beroleh 4 pingat emas sebagaimana yang disasarkan.
“Apa jua masalah dan halangan yang timbul adalah merupakan suatu cabaran agar para atlet dapat melakukan yang terbaik dalam pertandingan itu nanti”, tambah beliau.
Add caption |
Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa memantau latihan para atlet pencak silat di Kompleks Majlis Sukan Negeri Terengganu petang tadi.
Beliau juga berdoa agar para atlet pencak silat diberi semangat dan kekuatan oleh Allah SWT untuk mencapai sasaran pasukan iaitu 4 pingat emas dan juga sasaran peringkat negeri sebanyak 69 pingat emas untuk dinobatkan sebagai juara SUKMA ke 19.
Turut hadir semasa sesi latihan itu tadi adalah Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Tuan Hj Ibni Amin Busu, Pengurus Pasukan Pencak Silat SUKMA Terengganu, Tuan Hj Alias Abas dan Wakil Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu, En Zulbahry Sulong yang juga merupakan jabatan angkat kepada Sukan Pencak Silat Terengganu.