• 14 Nov 2024 | 12 Jamadil Awal 1446

PB Plaza Dibuka Selewat-lewatnya Februari Ini



PB Plaza, dalam lingkaran PMINT Square di tengah pusat Bandar Raya Kuala Terengganu akan memulakan operasi bermula selewat-lewatnya Februari tahun depan.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembukaan tersebut dapat menutup segala polemik berhubung operasi premis perniagaan itu sebelum ini.

Katanya, dua peneraju utama akan beroperasi di PB Plaza apabila dibuka kelak.


"PB Plaza di Terengganu bakal mempunyai Digital Mall sendiri yang akan dikendalikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).


"Selain itu, The Store turut akan dibuka di PB Plaza tersebut yang dijangkan memulakan operasinya bermula penghujung Januari ini" katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung Tahun 2017 Negeri Terengganu Darul Iman di Gelanggang Futsal Kampung Kesom, Kuala Nerus, malam tadi.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.


Tag: