Pegawai Syariah Malaysia Sokong Terengganu Sebat Pesalah Khalwat di Masjid
Shalia Adiela (kanan) bersama empat rakan menunjukkan surat tawaran yang diterima. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail |
“Terharu dan sangat bersyukur kerana anak makcik, Nurliana Atikah Awang, 25, turut terpilih mengikuti Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP) dan berpeluang bekerja..kutip pengalaman di sektor pelancongan mulai Disember ini.
Fatimah Idris |
Hadir merasmikan program perintis itu, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.
Nurliana antara 275 siswazah menganggur yang terpilih mengikuti program itu selama enam bulan dengan bayaran elaun RM1,000 sebulan di pelbagai pelbagai jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mulai Disember ini.
Graduan Universiti Malaysia Kelantan dari Manir , Shalia Adiela Wahab, 24, berkata dia akan melaksanakan tugasan dan tanggunjawab sebaik mungkin seperti apa yang diarahkan majikan kelak.
“Peluang yang diterima ini menjadi motivasi buat diri saya untuk berusaha melakukan yang terbaik seterusnya mendapat pekerjaan tetap,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Razif berkata, graduan yang terpilih akan menjalani latihan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka di agensi dan syarikat berkaitan selama enam bulan sehingga Mei tahun depan.
"Kesemua pelatih akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000. Sekiranya mempamerkan prestasi cemerlang, tempoh latihan mereka di bawah TGTP akan dilanjutkan selama enam bulan lagi seterusnya berpeluang diserapkan sebagai kakitangan tetap di agensi dan GLC negeri tersebut.
"Antara agensi dan GLC negeri yang mengambil bahagian ialah Terengganu Incorporated, Jabatan Pelancongan negeri, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Yayasan Pembangunan Pembangunan Usahawan," katanya.