• 15 Nov 2024 | 13 Jamadil Awal 1446

Penghasilan Sayur Terengganu Meningkat


KUALA TERENGGANU, 19 Januari - Pengeluaran sayur-sayuran di Terengganu telah meningkat dan hasilnya telah berjaya dipasarkan ke negeri lain.

Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata, pada tahun 2019, Terengganu telah berjaya menghasilkan sayur sendiri untuk pasaran dalam dan luar negeri.

"Jabatan Pertanian telah pun ada teknologi tersendiri terutama melibatkan penanaman pada musim tengkujuh, di mana sebelum ini bila tiba musim tersebut kita terpaksa mengimport sayur-sayuran dari luar.

"Kita dah boleh pasarkan barangan ke luar negeri apabila tiba musim banjir," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di tapak tanaman kelapa di Batu Putih di sini baru-baru ini.

Menurutnya, ramai usahawan baharu dan muda tidak kira sama ada memegang lulusan diploma ataupun ijazah telah menceburi bidang fertigasi.

Antara contoh tanaman fertigasi ialah cili, timun dan terung.

Beliau menambah, mereka juga harus memastikan sayur-sayuran yang dikeluarkan di negeri Terengganu bukan sekadar cukup tetapi selamat untuk dimakan oleh pengguna.

"Selama ini kita import dari luar kita pun tak tahu selamat ke tak.

"Setakat ini kita telah berjaya menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan hypermarket seperti Mydin dan Giant. Ia adalah satu lonjakan untuk menghasilkan sayur-sayuran secara berterusan," tambah beliau.

Tag: