Berita :
Persediaan Musim Kedua: Pintu Air Skim Pengairan Kepala Gajah Dinaik Taraf Demi Lonjak Hasil Padi
Persediaan Musim Kedua: Pintu Air Skim Pengairan Kepala Gajah Dinaik Taraf Demi Lonjak Hasil Padi
Hidayah Azlin
9 jam yang lepas
101

SETIU, 5 Julai – Beberapa pintu air di Skim Pengairan Padi Kepala Gajah telah siap diperbaiki dan dinaik taraf sebagai langkah persediaan rapi menjelang musim penanaman kedua tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato' Dr Azman Ibrahim berkata, usaha menaik taraf infrastruktur berkenaan adalah kritikal bagi memastikan pengurusan air di kawasan sawah berjalan lancar.

Menurut beliau, ketersediaan sistem pengairan yang efisien menjadi tunjang utama kepada kejayaan dan kelestarian sektor penanaman padi di negeri ini.

" Sistem saliran dan pengairan yang sempurna adalah antara kunci kesuburan sawah dan pengeluaran padi yang baik," katanya .

Langkah proaktif kerajaan negeri melalui agensi berkaitan ini dijangka dapat membantu para pesawah menguruskan jadual pengairan tanaman dengan lebih sistematik.

Infrastruktur yang ditambah baik ini juga mampu meminimalkan risiko gangguan bekalan air, terutamanya ketika fasa kritikal tumbesaran padi, sekali gus membantu petani mengelakkan kerugian.

Dengan adanya sistem saliran yang lebih mantap, kualiti tanah sawah dapat dipelihara dan sasaran untuk meningkatkan kadar pengeluaran serta kadar sara diri (SSL) padi negeri Terengganu optimis dapat dicapai.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan