Terengganu Salur RM4.2 Juta Baik Pulih Rumah Rosak Akibat Ribut
KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengarahkan premis perniagaan membabitkan majoriti Islam dalam kawasan pentadbirannya menutup operasi selama dua jam pada setiap Jumaat.
Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata, semua premis perniagaan perlu dihentikan operasi bermula jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang setiap jumaat.
Jelasnya, arahan terbabit yang mula berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu itu bukan sahaja membabitkan pasar raya, tetapi turut melibatkan semua premis perniagaan termasuk restoran dan kedai makan.
"Pemilik pasar raya dan semua premis perniagaan termasuk restoran dan kedai makan diminta memberi kerjasama memastikan aktiviti tidak beroperasi dalam tempoh itu," katanya ketika dihubungi pemberita, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Rosli Latif berkata, MBKT akan mengambil tindakan termasuk membatalkan lesen perniagaan jika pemilik premis perniagaan gagal mematuhi arahan dikeluarkan.
"Jika kita dapati pemilik semua premis perniagaan gagal mematuhi arahan ditetapkan, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan berdasarkan undang-undang yang digunapakai," katanya.