lightning-solid
Berita :
Program Mega Darul Barakah Jalin Ukhuwah
Program Mega Darul Barakah Jalin Ukhuwah
Amirul Mohd
18 Nov 25
171

MARANG, 18 November – Perkampungan Darul Barakah terus menunjukkan komitmen dalam pembangunan sahsiah dan kebajikan apabila berjaya menganjurkan Program Mega Mahabbah yang menghimpunkan pelatih serta komuniti setempat dalam suasana penuh ukhuwah.

Pengurus Perkampungan Darul Barakah, Alif Mahari merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas sokongan berterusan dalam menjayakan inisiatif kebajikan dan pembangunan masyarakat.

“Sumbangan kerajaan negeri banyak memudahkan pihak kami menggerakkan program berbentuk kemasyarakatan dan pembangunan peserta. Terima kasih atas keprihatinan ini,” ujarnya.

Menurut beliau, program tersebut bukan sahaja menjadi ruang hiburan sihat kepada para pelatih, tetapi juga berperanan sebagai platform memperkukuh silaturrahim serta menyemai nilai kekitaan dan kesedaran bersama, khususnya menjelang musim tengkujuh.

 Katanya, program tersebut turut diserikan dengan pelbagai aktiviti berbentuk riadah.



Artikel Berkaitan