Barisan Nasional (BN) Terengganu hari ini mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14).
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi BN Terengganu yang juga Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di kediaman rasminya Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
"Inilah barisan calon-calon (BN) yang akan mengekalkan 17 kerusi BN dan merampas semula 15 kerusi di tangan pembangkang dan empat lagi kerusi Parlimen yang kita hilang sebelum ini.
"InsyaAllah semua calon BN ini yang akan dibawa pada Hari Penamaan Calon pada 28 April ini tanpa apa-apa perubahan. Dua serikandi (calon wanita di DUN Bukit Payong dan Sura) juga kita akan pastikan dapat merampas semula dan memihak kepada BN,"katanya.
Daripada barisan calon-calon BN yang diumumkan, parlimen dan DUN Besut mengekalkan penyandang sedia ada, Hulu Terengganu juga mengekalkan muka lama, dengan calon parlimen melakukan `comeback', apabila meletakkan mantan ADUN Ajil selama tiga penggal pada 1999-2013, Dato' Rosol Wahid. Parlimen dan DUN di Kemaman juga mengekalkan penyandang, termasuk mantan ADUN Chukai (2004-2013), Dato' Mohamad Awang Tera dicalonkan semula kali ini.
Parlimen Setiu juga mengekalkan penyandang, kecuali DUN Permaisuri bertukar kepada mantan ADUN, Dato' Halim Jusoh yang pernah memenangi kerusi itu pada PRU12 lalu.
Sementara Kuala Terengganu, Dungun dan Kuala Nerus juga menampilkan ramai muka baharu, dengan Ahmad Razif turut mempertahankan kerusi DUN Seberang Takir (Kuala Nerus).
CALON BARISAN NASIONAL (BN) BAGI DUN DAN PARLIMEN TERENGGANU
P.033 - Besut (Dato' Seri Idris Jusoh)-penyandang
N01 - Kuala Besut (Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman)-penyandang
N02 - Kota Putera (Mohd. Mahadi Musa )-penyandang
N03 - Jerteh (Dato' Muhammad Pehimi Yusof )-penyandang
N04 - Hulu Besut ( Nawi Mohamad ) -penyandang
P.034 -Setiu (Dato' Mohd. Jidin Shafee )
N05 - Jabi (Mohd. Iskandar Jaafar ) -penyandang
N06 - Permaisuri (Dato' Halim Jusoh)-muka baharu
N07 - Langkap (Datuk Sabri Mohd. Noor )-penyandang
N08 - Batu Rakit (Bazlan Abd. Rahman) -penyandang
P.035 Kuala Nerus (Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad) -muka baharu