PRU14 : Guru Usah Terpengaruh Janji Pembangkang


Golongan pendidik terutama guru diingatkan jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji yang ditaburkan pemimpin parti pembangkang kerana mereka sebenarnya tidak mampu untuk menunaikan janji berkenaan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, sebagai golongan berpendidikan guru sepatutnya tahu menilai kebaikan yang dilakukan kerajaan berbanding pihak pembangkang yang hanya pandai menabur fitnah.

Sebahagian guru yang menghadiri sambutan Hari Guru Peringkat Parlimen Besut


Katanya, kerajaan sudah banyak membangunkan sistem pendidikan negara bermula peringkat sekolah hingga ke universiti.

Bagaimanapun, katanya ramai guru lebih cenderung mendengar apa sahaja yang diperkatakan pemimpin pembangkang menyebabkan mereka hilang fokus dan mengalih sokongan.

“Guru adalah individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk keperibadian murid,” katanya ketika merasmikan sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Parlimen Besut di Jertih, hari ini.




Yang turut hadir calon BN Jertih, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof dan calon BN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Idris yang juga calon BN bagi  Parlimen Besut berkata, kecemerlangan pendidikan di Terengganu adalah hasil perancangan rapi kerajaan negeri dan Persekutuan dan ia tidak mampu di dilaksanakan negeri lain terutama negeri yang dikuasai pembangkang.

Beliau berkata, janji pembangkang untuk menghapuskan pelbagai projek dan usaha yang dilakukan Kerajaan BN adalah satu perbuatan yang mundur dan rakyat sepatutnya menolak idea berkenaan.



Tag: